(Fadlina Sidek)
SUNGAI PETANI, 16 Julai- Sebanyak 91.7% pelajar lepasan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) mendapat sambutan mengalakkan serta permintaan tinggi dengan kebolehpasaran mereka bagi keperluan industri.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyatakan keyakinan pelajar dari Kolej Vokasional (KV) akan mampu memperoleh pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas graduasi.
"Maknanya, mereka ini antara yang paling hangat di pasaran. Jadi saya lihat kita ada prospek yang bagus. Kita juga ada tambahan pada insiatif-inisiatif ini. Insya-Allah kita akan terus pertingkatkan lagi kebolehdayaupayaan mereka," katanya.
Fadhlina ditemui pemberita pada sidang media selepas hadir Majlis Penutupan Simposium Kecemerlangan Pendidikan Islam pada Mini Karnival Pendidikan Madani di Kolej Vokasional II di sini.
(Foto fail)