fb fb fb fb fb

Pelajar sekolah B40 di Pulau Pinang terima baucar RM250 program Educare Back to School

(Pelajar yang menerima baucar daripada Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak berasa gembira dan teruja)

BERTAM, 13 Februari- Seramai 1000 pelajar dari 21 buah sekolah di Pulau Pinang menerima baucar bernilai RM250 bersempena program Educare Back to School anjuran Yayasan Amal Tuan Yang Dipertua (TYT) Pulau Pinang.

Pemberian bantuan itu bertujuan membantu pelajar daripada keluarga B40 mendapatkan uniform dan keperluan persekolahan bagi sesi persekolahan baharu yang akan bermula pada bulan depan.

Pelajar yang menerima baucar daripada Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak berasa gembira dan teruja.

"Rasa gembira boleh pakai nanti darjah 6, terima kasih. Perasaan gembira dapat baju tu dengan sumbangan duit," kata murid sekolah rendah, Noraini Batrisya.

"Saya sangat bangga kerana memakai baju sekolah saya pun sangat gembira," luah pelajar, Ang Khen Tat.

Para penerima bantuan boleh mendapatkan uniform sekolah dan peralatan persekolahan dengan menggunakan baucar tersebut di enam cawangan Mydin Wilayah Utara.

"Mereka boleh menunaikan atau mereka boleh menggunakannya di enam cawangan Mydin iaitu di kawasan wilayah Utara. Mudah bagi ibu bapa, mudah juga bagi pelajar kerana apabila mereka bercuti sekolah mereka balik kampung mereka tidak perlu datang balik ke Pulau Pinang. Mereka boleh beli di Mydin cawangan yang berdekatan yang ada di Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

"Jumlah pelajar yang terlibat adalah 1000 pelajar daripada semua bangsa," jelas Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Amal, Datuk Seri Sr Rozali Mohamud.

( Datuk Seri Sr Rozali berkata pelajar sekolah B40 di Pulau Pinang terima baucar RM250 program
Educare Back to School)

Media Baharu