fb fb fb fb fb

Belanjawan 2023: Mah Sing harap kempen HOC diperkenal semula

KUALA LUMPUR, 13 Februari- Menjelang pembentangan Belanjawan 2023, syarikat pemaju hartanah, Mah Sing berharap kempen pemilikan rumah (HOC) diperkenal semula bagi membantu lebih ramai mampu memiliki rumah.

Turut diusulkan, geran khas membantu pembeli rumah pertama, pembiayaan bersesuaian dan pengecualian cukai ke atas faedah semasa tempoh pembinaan.

Menerusi kenyataan pengarah urusannya, Tan Sri Leong Hoy Kum berkata kerajaan juga boleh mempertimbang menurunkan cukai bahan binaan selain insentif ke atas pembangunan hijau, menyokong misi bersih karbon menjelang 2050.

Bagi menggalakkan pemilikan rumah kumpulan B40 dan M40, pihaknya mencadangkan margin pembiayaan sehingga 100 peratus untuk tempoh sehingga 40 tahun.

Berhubung kekurangan tenaga buruh, beliau berharap yuran Program Rekaliberasi Buruh 2.0 (RTK 2.0) dapat dikurangkan daripada RM1,500 pada masa ini supaya penurunan kos dapat diturunkan kepada pengguna.


(Pengarah Urusan, Tan Sri Leong Hoy Kum)

Media Baharu