fb fb fb fb fb

Agong dukung hasrat kerajaan bendung ketirisan dana awam

(Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima Titah Diraja daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar
Ibrahim pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua, Parlimen ke-15/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 13 Februari- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mendukung hasrat kerajaan membendung isu ketirisan dana awam.

Seri Paduka Baginda juga menghargai komitmen kerajaan membanteras rasuah secara agresif.

"Beta mengalu-alukan usaha untuk membendung isu ketirisan dana awam termasuk inisiatif untuk mempercepat dan memastikan mekanisme pemberian subsidi bersasar mencapai matlamatnya dengan berkesan.

"Bagi membudayakan integriti dan memperkukuh tadbir urus, beta menghargai komitmen serta tekad kerajaan beta untuk membanteras rasuah secara agresif dengan menumpukan kepada aspek perolehan penguatkuasaan dan rasuah berskala besar," titah baginda.

Yang di-Pertuan Agong berkenan merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15.

(Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong melambai ke arah media ketika
berangkat meninggalkan Dewan Rakyat/BERNAMA)

 

 

Media Baharu