fb fb fb fb fb

JBPM dan radio akan terus bekerjasama

IPOH, 13 Februari - Kerjasama erat di antara stesen radio serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) perlu dikekalkan, dalam usaha memberi kesedaran kepada masyarakat.

Pengarah JBPM Perak, Azmi Osman berkata peranan radio menyampaikan informasi khususnya berkaitan Jabatan JBPM sememangnya tidak dapat dipisahkan.

"Dan kepada juruhebah-juruhebah yang bertugas, sesungguhnya mereka adalah barisan depan tetapi yang tidak didendangkan, kerana suara-suara mereka sebenarnya dapat membentuk golongan masyarakat kearah kesedaran. Teruskan perkhidmatan berkesan dan teruskan juga memberikan maklumat-maklumat terbaik bagi memberikan satu kesedaran kepada masyarakat," kata Azmi di sini.

(Azmi ditemui pemberita selepas membuat kejutan menyampaikan
kek dan bunga kepada kakitangan RTM sempena sambutan Hari Radio Sedunia, di konti Perakfm)

Tambah beliau, radio akan terus kekal relevan dan menjadi elemen penting bagi JBPM Perak sebagai pengantara kepada masyarakat.

Media Baharu