fb fb fb fb fb

Pelajar Sabah terima subsidi RM600 tiket penerbangan

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor ditemui media di Pulau Pinang semasa Majlis Berbuka Puasa Bersama Mahasiswa Mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi di Semenanjung/Foto rasmi Hajiji

KUALA LUMPUR, 26 Mac - Kerajaan Sabah akan memberikan subsidi sekali bayar RM600 bagi pembelian tiket penerbangan kepada pelajar dari Sabah yang belajar di institut pengajian tinggi awam (IPTA) di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata bantuan khas 'one off' itu adalah dana daripada peruntukan khas Ketua Menteri.

“Bantuan khas tiket penerbangan one-off itu akan diberi secara terus kepada pelajar berkenaan. Bagaimanapun, maklumat terperinci dan mekanisme pembayaran akan dibincangkan lebih lanjut oleh pihak-pihak berkenaan.

“Memandangkan harga tiket yang agak mahal dan bagi sesetengah pelajar yang tidak berkemampuan ia satu beban, kerajaan negeri akan membantu mereka.

"Bantuan khas ini boleh digunakan pada bila-bila masa untuk pulang ke Sabah,” katanya semasa lawatan beliau ke Pulau Pinang untuk Majlis Berbuka Puasa Bersama Mahasiswa Mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi di Semenanjung pada Isnin.

Pengumuman bantuan tersebut bakal memberi maanfaat kepada 18,000 pelajar Sabah yang kurang berkemampuan untuk pulang ke kampung halaman mereka semasa cuti musim perayaan nanti.

GRACE AISYAH KEDAYAN