fb fb fb fb fb

Pelajar IKM TSYA maut kemalangan

(FOTO POLIS KEMAMAN)

KEMAMAN, 8 April- Seorang pelajar Ielaki dari Institut Kemahiran Mara Tan Sri Yahya (IKM TSYA) Pekan Pahang, maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas dalam kemalangan di kilometer 111 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat jambatan Sungai Kerteh.
 
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.41 malam tadi, mangsa maut Hairie Afian Nor Raju Abdul Qayyum, 19 tahun, meninggal dunia di lokasi kejadian.
 
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, difahamkan ketika kejadian mangsa yang berasal dari Kampung Tebing Tembah, Paka, menunggang motosikal jenis Honda RSX tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas.
 
Siasatan awal, motosikal tersebut terbabas ke kanan jalan dan bergesel besi penghadang jalan, lalu mangsa terseret dengan jarak 32.5 meter dari motosikal jatuh.

Menurut Hanyan Ramlan, mangsa kemudian digilis sebuah kenderaan lain tidak dikenal pasti nombor pendaftaran.
 
Impak pelanggaran tersebut menyebabkan mangsa maut di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan.
 
Menurut Hanyan Ramlan, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.
 
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.
 
Kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


(FOTO POLIS KEMAMAN)

Media Baharu