(Aminurrahim Mohamed pada pelancaran Ops Prihatin di Plaza Tol Sg Besi)
KUALA LUMPUR, 18 April- Angkatan Pertahanan Awam APM, melancarkan Ops Prihatin malam tadi bagi memberi lebih impak kepada masyarakat supaya sentiasa dalam siap siaga bagi membantu atas nama kesukarelaan.
Merupakan kesinambungan kepada Ops Bantu sebelum ini, Ops Prihatin dilancarkan sempena Aidilfitri 2023.
Menerusinya, APM memperluas skop penugasan bukan sahaja membantu mangsa bencana, malahan menjurus kepada aspek bantuan kemanusiaan yang lain.
"Ops Prihatin ini merupakan satu usaha APM untuk memberikan lenbih impak daripada masyarakat supaya sentiasa dalam keadaan siaga dan saling bantu membantu.
"Kita sedia maklum, kesedaran rakyat negara ini mengenai membantu sesama masyarakat sudah meningkat,"kata Ketua Pesuruhjaya APM, Aminurrahim Mohamed.
Beliau menyatakannya selepas melancarkan Ops Prihatin APM sempena Aidilfitri di Plaza Tol Sg Besi.
(Ketua Pesuruhjaya APM, Aminurrahim Mohamed)