fb fb fb fb fb

Kerajaan MADANI terus komited perangi rasuah

FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 2 November - Integriti memerangi rasuah kekal menjadi perjuangan Kerajaan MADANI untuk meraih kepercayaan rakyat.

Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, pendekatan tegas kerajaan ke arah membina negara berintegriti tinggi dengan tidak akan berkompromi terhadap sebarang isu tatakelola atau rasuah yang melibatkan penjawat awam.

"Perdana Menteri akan meluncurkan apa yang disebut Hari Anti Rasuah (HARA), maknanya hari antirasuah, mahu menunjukkan bahawa kita memang membenci rasuah, kita akan melawan, kita akan membanteras rasuah.

"Pada hari sama juga, kita akan melancarkan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE). Ia adalah sistem yang boleh diguna pakai oleh semua agensi untuk menilai tahap integriti kita dalam organisasi tersebut.

"Dalam masa sama, semasa ulang tahun ke-58, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) melancarkan KMC ('Keep Malaysia Clean'), ini berfokuskan kepada perkhidmatan awam dengan membuang rasuah dan salah guna kuasa serta martabatkan tatakelola kita," katanya pada program Bicara Naratif di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM