ISKANDAR PUTERI, 2 Disember - Pembangunan Ibrahim Technopolis (IBTEC) bernilai RM27 bilion di Sedenak, Kulai, akan menjadi nadi baharu ekonomi Johor, menggabungkan teknologi, inovasi dan kemampanan dalam satu ekosistem terancang.
IBTEC yang dijangka siap sepenuhnya pada 2047, akan mewujudkan 330,000 peluang pekerjaan.
Exco Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Lee Ting Han berkata, pembangunan IBTEC melibatkan perancang bandar antarabangsa, serta firma seni bertaraf dunia, seterusnya meningkat keyakinan pelabur global ke Johor.
Ia juga dijangka menjadi pemangkin utama sektor digital, pusat data, kecederdasan buatan (AI), bioteknologi, pembuatan maju serta penyelidikan dan pembangunan.
Sementara itu, Ketua Pengarah Eksekutif Johor Corporation, Syed Mohamed Syed Ibrahim berkata, IBTEC menjadi cerminan visi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, menekankan kepengurusan sumber dan rakyat, dalam pembangunan progresif negeri.
"IBTEC adalah Technopolis negara pertama yang menekankan inovasi, dibina dalam persekitaran dunia sebenar, dimana penyelesaian boleh dibangunkan, dan diukur dengan kelajuan dan tujuan.
'Ia juga bersedia, membawa industri, akademia, polisi dan komuniti, ke dalam satu ekosistem yang berhubung, Johor dan Singapura akan bersama-sama, mencipta nilai yang saling memerlukan antara satu sama lain", katanya.
Majlis Pelancaran IBTEC disempurnakan Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim, bersama barisan kepimpinan negeri di Iskandar Puteri.