KOTA SAMARAHAN, 15 Jun- Seorang pelajar lelaki Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS ditemukan lemas di tasik dalam kampus di Kota Samarahan itu pagi tadi
Menurut Laporan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak, mayat mangsa Zoolfazairy Zaharen, 20 tahun terapung dalam tasik di UNIMAS dengan jarak tiga meter dari tebing berdekatan Jambatan Cinta.
Sepasukan anggota bomba ditugaskan ke lokasi kejadian selepas menerima laporan pada pukul 8.32 pagi tadi.
Pihak anggota bomba bertindak dengan membawa mangsa ke tebing atas kebenaran pihak Polis untuk disahkan kematian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang turut berada di tempat kejadian.
Mayat mangsa di bawa oleh pihak Polis ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.
Kejadian masih dalam siasatan pihak polis.