fb fb fb fb fb

Pelajar cemerlang ceria terima hadiah Deepavali

BANDAR BAHARU, 20 Oktober- Perayaan Deepavali yang bakal disambut pada 24 Oktober ini amat bermakna buat dua pelajar cemerlang Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ganesar di Serdang, di sini.

Kedua-dua pelajar tersebut menerima hadiah istimewa iaitu tablet selain sumbangan makanan dan wang tunai.

Tablet berkenaan disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd Noor di rumah pelajar berkenaan di Kampung Ikhwan dan Estet Batu Lintang.

Menurut Datuk Norsabrina, kedua-dua pelajar berkenaan, R. Prakasham, 10 tahun dan G. Shamitha, 11 tahun, bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran, malah mempunyai sikap dan akhlak yang baik.

Katanya, kesusahan hidup yang dialami keluarga menyebabkan mereka tidak mampu membeli tablet untuk digunakan dalam pembelajaran.

R. Prakasham, 10 tahun, pelajar cemerlang SJKT Ganesar  

Selain pelajar berkenaan, Datuk Norsabrina turut menyampaikan sumbangan Deepavali kepada masyarakat India di kawasan tersebut.

Media Baharu