fb fb fb fb fb

Majlis Tilawah dan Hafazan Al Quran Ke-62, membariskan penyertaan 30 negara

KUALA LUMPUR, 20 Oktober- Majlis Tilawah dan Hafazan Al Quran peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-62 membuka tirainya semalam dengan membariskan 30 negara dan penyertaan 36 peserta untuk pertandingan peringkat akhir ini.

Dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, ianya menampilkan kelainan dengan menggunakan teknologi sistem tiga dimensi (3D) grafik realiti diperkukuhkan iaitu (AR).

Teknik AR adalah pertama kali digunakan untuk pertandingan di peringkat antarabangsa bagi meraih perhatian dan menyentuh jiwa penonton dalam mendalami tadabbur ayat-ayat suci Al-Quran.

Disiarkan secara langsung di TV1, majlis tilawah dimulakan dengan bacaan pembukaan dari empat qari dan qariah mewakili negara Iran, Sri Lanka, Belgium dan Indonesia.

Seramai 16 orang Jemaah hakim telah ditempatkan diruangan khas semasa peserta memperdengarkan bacaan mereka.

Pertandingan selama enam hari ini diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Malaysia pernah menerima pengiktirafan bagi kategori penganjuran Program Al Quran Terbaik 2016 oleh Kuwait International Prize of Holy Quran

Media Baharu