fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI bercampur-campur pada sesi awal dagangan

KUALA LUMPUR, 20 Oktober- Kontrak niaga hadapan (FKLI) FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan bercampur-campur pada sesi awal dagangan pagi ini.

Pada pukul 9.50 pagi, Oktober 2022 dan November 2022, masing-masing susut 1.5 mata kepada 1,416.5 dan 1,415.0, Disember 2022 turun 4.0 mata menjadi 1,411.0 dan Mac 2023 lemah  3.0 mata kepada 1,402.5.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 1,834 lot, dengan kepentingan terbuka 33,174 kontrak.

(Foto fail)

Penanda aras FBM KLCI menokok 3.91 mata untuk mencatatkan paras 1,419.01 selepas 50 minit diniagkan daripada paras 1,415.10 penutupan Rabu.- BERNAMA

Media Baharu