fb fb fb fb fb

Operasi BNM bantu kadar jangka pendek kekal stabil

KUALA LUMPUR, 20 Oktober- Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan RM38.11 bilion dalam sistem konvensional dan RM25.72 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional, terdiri daripada RM1 bilion selama tujuh hari dan RM500 juta untuk jangka masa 14 hari, serta dua tender repo berbalik sebanyak RM650 juta untuk 32 hari dan RM300 juta bertempoh 182 hari.

(Foto fail)

Selain itu, BNM turut menawarkan tiga tender Qard bernilai RM1.3 bilion untuk tujuh hari, RM600 juta (14 hari) dan RM700 juta (21 hari).

Bank pusat telah mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, ia akan menguruskan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM36.6 bilion dan sejumlah RM22.1 bilion untuk tender semalaman Murabahah.- BERNAMA

Media Baharu