fb fb fb fb fb

Pelaburan Tesla Inc, SpaceX buka peluang kerja tenaga mahir

(Pertemuan secara maya bersama Elon Musk/Fb Anwar Ibrahim)

GOMBAK, 14 Julai- Pelaburan Tesla Inc dan SpaceX bakal membuka peluang pekerjaan bagi tenaga kerja mahir di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkembangan terbaik itu mampu memberi impak positif kepada pelbagi sektor sekali gus memperkukuh pertumbuhan ekonomi negara.

Jelasnya, sektor kenderaan elektrik (EV) negara sedia ada akan terus diperluas menerusi kerjasama strategik itu yang akan memulakan operasi Tesla Inc di Cyberjaya.

Kerjasama Malaysia dan SpaceX menerusi perkhidmatan satelit Starlink menawarkan kemudahan internet di kawasan luar bandar, sekolah dan universiti yang mampu dimiliki oleh rakyat.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/BERNAMA)

"Tentang (perkhidmatan satelit) Starlink, ia melibatkan akses kepada internet, ketersalinghubungan, kita bersetuju (kerjasama ini) akan memberi ruang kepada semua kawasan luar bandar, sekolah-sekolah dan universiti untuk mendapatkan direct internet yang murah.

"Malah Elon nyatakan dalam hal ini (Starlink) walaupun 40 (satelit) disediakan awal tapi beliau beri pengakuan sebentar tadi untuk keutamaan diberikan kepada Malaysia.

"Mengenai SpaceX itu, tiga syarikat Malaysia telah terlibat dalam projek itu. Maknanya, persetujuan dia untuk melabur secara besar, dia telah bagi pengakuan untuk mengadakan kunjungan ke Malaysia dalam masa terdekat", katanya kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak hari ini.

Terdahulu Perdana Menteri mengadakan sidang video bersama jutawan Elon Musk bagi membincangkan pelaburan pembuatan kereta Tesla di negara ini serta perkhidmatan komunikasi satelit SpaceX.

Media Baharu