fb fb fb fb fb

MABIMS bincang prosedur perkahwinan pasangan Islam berbeza negara

PUTRAJAYA, 14 Julai- Penyelarasan perundangan dan kehakiman syariah, antara isu yang akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MABIMS di Singapura pada November ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar berkata, tumpuan diberi kepada isu berkaitan prosedur perkahwinan Islam antara pasangan berbeza negara.

"Insya-Allah kita akan tubuhkan satu kumpulan tumpuan (focus group) bawah MABIMS yang akan melihat isu-isu berkaitan dengan perundangan dan kehakiman syariah. Kita banyak isu
perkahwinan antara rakyat Singapura-Malaysia, Brunei-Malaysia, Brunei-Singapura," kata Mohd Na'im kepada pemberita selepas menerima kunjungan delegasi Singapura termasuk Menteri Bertangunggjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam republik itu, Masaogos Zulkifli di sini.

Katanya lagi, pertemuan dua hala itu turut meneliti usaha pembangunan komuniti masyarakat islam di antara dua negara termasuklah berkaitan dengan pembangunan sosial dan keluarga.

MABIMS merupakan Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura.

(MABIMS bincang prosedur perkahwinan pasangan Islam berbeza negara)

Media Baharu