fb fb fb fb fb

Pelaburan penting baharu diumum semasa lawatan ke China

(Datuk Sei Anwar Ibrahim berucap pada majlis ramah mesra bersama
rakyat Malaysia di Kemboja/BERNAMA)

PHNOM PENH, 27 Mac- Satu pelaburan baharu yang merupakan komitmen tertinggi kerajaan akan diumumkan pada Khamis atau Rabu ini.

Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengumuman itu akan dibuat sempena lawatan rasmi tiga hari beliau ke China  bermula Rabu ini. 

Tambahnya, kerajaan di bawah pentadbirannya akan memastikan ekonomi negara terus berkembang dan mampu menjadi tarikan baharu bagi pelaburan. 

Justeru katanya, semua aspek yang berkaitan termasuk prasarana, infrastruktur atau insentif perlu terus diperkasa selain memberi tumpuan terhadap aspek pendigitalan. 

"Bila ada perubahan, maka ia boleh menarik pelaburan asing. Sebagai contoh Amazon yang mahu melabur di Malaysia walaupun ada negara lain yang menawarkan insentif menarik kepada mereka dan bila ia datang ke sini, ia akan menarik syarikat lain untuk datang," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Kemboja.

Dalam pada itu, kerajaan mahu Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) lebih telus dan fokus, bukannya menjadi saingan kepada sektor swasta.

Terdahulu, Anwar berkesempatan menyantuni kira-kira 300 Diaspora Malaysia di Kemboja.

Majoriti yang hadir terdiri daripada ahli perniagaan dan pelabur Malaysia.


(Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Kemboja/BERNAMA)

Komuniti yang hadir cukup teruja untuk bertemu serampang mata dengan Perdana Menteri ke sepuluh itu.

Sesi ramah mesra yang berlangsung selama hampir sejam di Kedutaan Besar Malaysia itu padat dengan perkongsian pendapat Perdana Menteri kearah membina negara yang berintegriti bagi menarik lebih banyak pelaburan berimpak tinggi.

Turut hadir, Menteri Luar Negeri Datuk Seri Dr Zambry Kadir, Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar dan Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Mohd Na’im Mokhtar.


Media Baharu