fb fb fb fb fb

Program Jelajah Ramadan MELAKAfm: Rapatkan ukhuwah antara masjid dan masyarakat

MELAKA, 27 Mac- Sebanyak 44 kit makanan dan wang tunai diagihkan kepada tiga masjid dan golongan yang memerlukan di sekitar Melaka menerusi Program Jelajah Ramadan edisi 2023  MELAKAfm.

Penerbit program, Mohammad Asrul Edzuandy Mustapa berkata kit makanan dan wang tunai berkenaan adalah sumbangan daripada kerajaan negeri Melaka dan juga rakan strategik jabatan itu .

Ujarnya , pelbagai aktiviti yang dilaksanakan dalam program itu termasuk gotong-royong menyediakan bubur lambuk , pemeriksaan kesihatan dan sebagainya.

"Untuk di negeri Melaka, tiga buah masjid di pilih iaitu Masjid Al-Ansar Kampung Baru , Masjid An-Nikmah Bukit Piatu , Masjid An-Nur Peringgit kami juga menyampaikan bantuan kepada 15 orang penerima asnaf, kurang upaya lima orang di masjid. Di samping itu juga kami mengunjungi rumah Kompleks Anak Yatim Al -Zahrah bagi menyelami kehidupan anak -anak yatim seramai 29 orang yang tinggal di kompleks tersebut," katanya.


(Penerbit program, Mohammad Asrul Edzuandy Mustapa)

Sementara itu , Pengerusi Masjid An Nikmah Bukit Piatu , Syed Aziz Syed Mohd berharap dengan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan dalam mengeratkan ukhuwah di antara masjid dan masyarakat.

“Peringkat Masjid An- Nikmah Bukit Piatu ini mengucapkan ribuan terima kasih dan kami berharap program seperti ini dapat dilaksanakan pada saban tahun dan pihak kami menerima kunjungan pihak- pihak yang berkaitan," katanya.

Media Baharu