fb fb fb fb fb

Pelaburan Infineon, tingkat pertumbuhan eksport negara

KUALA LUMPUR, 6 Ogos- Pelaburan syarikat semikonduktor dari Jerman, Infineon Techologies AG di Malaysia mampu meningkatkan pertumbuhan eksport negara.

Penganalisis Ekonomi, Prof. Emeritus Dr Barjoyai Bardai berpandangan, unjuran itu akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berteknologi tinggi dan bertanggungjawab dalam membekalkan semikonduktor kepada industri di seluruh dunia meliputi Amerika Syarikat, Eropah dan Taiwan.

"Pertumbuhan industri ini, selain membawa faedah kenaikan eksport juga membawa peluang pekerjaan kepada anak tempatan dan memberikan peluang perniagaan kepada peniaga-peniaga yang menjadi perniagaan sokongan kepada industri ini dan juga teknologi park secara umum", katanya kepada RTM.

Tambahnya, sokongan kerajaan, pihak industri dan infrastruktur yang baik ketika ini mampu menarik lebih ramai pelabur melabur di Malaysia.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan berjaya menarik pelaburan tambahan bernilai RM25 bilion melalui Infineon di Kulim, Kedah.

(Penganalisis Ekonomi, Prof. Emeritus Dr Barjoyai Bardai)

Media Baharu