fb fb fb fb fb

Pekerja binaan maut di Kuching, dihempap struktur konkrit

Kejadian berlaku di sebuah tapak pembinaan di Jalan Stutong, Kuching

KUCHING, 20 September- Seorang pekerja buruh tempatan maut selepas dihempap struktur konkrit (lintel beam) di sebuah tapak pembinaan di Jalan Stutong, Kuching, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, dalam insiden yang berlaku kira-kira pukul 10.00 pagi itu, struktur konkrit berkenaan sedang dipunggah ke tingkat lima sebelum difahamkan terlepas dan terjatuh lalu menghempap mangsa berusia 33 tahun.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk proses bedah siasat.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM