fb fb fb fb fb

Pekan masih dilanda banjir, 141 penduduk terjejas

(Foto fail)

PEKAN, 16 DisemberDaerah Pekan di Pahang masih dilanda banjir membabitkan 141 orang daripada 36 keluarga, setakat pukul 7.00 pagi tadi.

Portal Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan, kesemua penduduk terjejas itu ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sinar Mutiara yang dibuka sejak 12 Disember lepas.

"Angka penduduk terjejas itu kekal sejak pukul 12.00 tengah malam tadi," menurut NADMA.

Sementara itu, laman sesawang Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan stesen Sungai Keratong di Rompin (Jalan Kota Bahagia) melebihi paras bahaya iaitu 11.67 meter (m).

"Sungai Pahang di Pekan (Paloh Inai) melebihi paras amaran iaitu 9.87m, manakala di Maran iaitu Sungai Kundang di Jambatan Sungai Kundang, Sungai Jempol di Felda Jengka dan Sungai Pahang di Lubuk Paku, masing-masing juga melebihi paras amaran iaitu dengan bacaan 19.31m, 0.53m dan 0.51m.

"Sungai Serting di Bera (Jambatan Padang Gudang) turut merekodkan air melebihi paras amaran iaitu 30.74m," menurut JPS.

(Foto fail)

Media Baharu