fb fb fb fb fb

Banjir: Penduduk terjejas di Johor kekal 91 orang

(Foto fail)

JOHOR, 16 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir di Johor kekal 91 orang daripada empat keluarga, setakat pukul 7.00 pagi tadi.

Portal Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan, jumlah berkenaan melibatkan penduduk di daerah Segamat dan Mersing yang ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut portal itu, PPS Balairaya Kampung Batu Badak menempatkan 34 orang daripada empat keluarga, PPS Balairaya Kampung Kuala Paya (27 orang, enam keluarga) dan PPS Dewan Komuniti Kampung Tasek (14 orang, empat keluarga) di Segamat.

"Sementara di Mersing 16 orang daripada tiga keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Agama Pengkalan Batu," jelas NADMA.

(Foto fail)

Media Baharu