fb fb fb fb fb

Peguam Negara teliti RUU larangan merokok generasi muda- Khairy

(Majlis Pelancaran Generasi Penamat Anti Rokok 18 (Gegar-18),
di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra, Putrajaya)

BANGI, 25 April- Draf akhir Rang Undang-Undang (RUU) larangan merokok dan milikan produk merokok termasuk rokok elektronik (vape) sedang diteliti Jabatan Peguam Negara.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, RUU berkenaan dirangka khusus untuk dilaksanakan terhadap generasi muda yang lahir selepas 2005

Khairy berkata, RUU berkenaan sudah selesai diperincikan dan kini berada di peringkat akhir sebelum dibawa ke Parlimen pada Julai ini.

"Ia adalah usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memastikan golongan yang lahir selepas 2005 tidak kenal dan tidak terbabit dengan sebaran produk tembakau dan vape.

"KKM sudah bertemu dengan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan dan industri tembakau untuk mendapatkan maklum balas.

(Khairy (kanan) pada Majlis Pelancaran Generasi Penamat Anti Rokok 18 (Gegar-18),
bersama  Menteri Kanan (Pendidikan), Radzi Jidin (kiri) menunjukkan tanda silang tangan membawa simbolik"tidak" kepada rokok)


"Penelitian mengenai hasil pertemuan itu diperincikan bagi membolehkan RUU yang dibentangkan Julai nanti mendapat sokongan Ahli Parlimen.

"Draf akhir RUU itu sudah siap dan kini dihantar ke Jabatan Peguam Negara untuk penelitian sebelum dibentangkan di Parlimen, Julai ini," katanya,

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Generasi Penamat Anti Rokok 18 (Gegar-18), di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra, di sini, hari ini yang turut dihadiri, Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin.

"Impak RUU itu nanti membolehkan kerajaan memastikan generasi yang lahir selepas 2005 bebas daripada rokok, bukan sahaja baik untuk kesihatan malah buat ekonomi dan produktiviti negara," katanya.

Sementara itu, Radzi berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa menyokong usaha yang dilakukan KKM untuk memastikan generasi muda bebas rokok.

"Peranan KPM sangat penting dalam memastikan program ini dapat dilaksanakan di sekolah dan intervensi kepada murid yang memerlukan bantuan lanjut akan dijalankan oleh semua guru kaunselor.

Katanya, KPM juga akan bekerjasama dengan pelbagai pihak lain termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), badan profesional, NGI dan agensi lain yang terbabit dalam memastikan kejayaan Program Gegar-18.

Media Baharu