fb fb fb fb fb

Peningkatan ketara jenayah komersial di Terengganu, kerugian cecah RM9.24 juta

KUALA TERENGGANU, 25 April- Jumlah kerugian melibatkan kes jenayah komersial di Terengganu bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini menunjukkan peningkatan yang sangat ketara.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata, 425 kes direkodkan bagi tempoh tersebut dengan kerugian mencecah RM9.24 juta.

Jelas beliau, penyumbang utama peningkatan tersebut adalah kes membabitkan penipuan dalam talian.

"Dalam tempoh sama tahun lepas kerugian direkodkan adalah lebih RM500,000, tapi bagi tahun ini sudah mencecah hampir RM4.5 juta. 

Kita dah cukup bagi pendedahan tentang 'Macau scam' dan 'love scam' ini tapi masih ramai yang terjebak dan ia banyak melibatkan pesara, kakitangan awam dan golongan profesional, ada pesara guru yang kerugian sehingga RM736,000 dan ada pesara kena tipu RM532,000," katanya dalam sidang media di sini.

(Datuk Rohaimi dalam sidang media di IPK Terengganu)

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar orang ramai 'berkawan' dengan polis dan merujuk kepada pihak berkuasa jika mendapat panggilan yang mencurigakan bagi mengelakkan daripada ditipu.

Media Baharu