fb fb fb fb fb

Tiada monopoli jeti

LKIM lakukan pemantauan berterusan / Foto LKIM

KUALA LUMPUR, 19 November - Mana-mana pihak tidak dibenarkan memonopoli atau menguasai kemudahan jeti pendaratan ikan, bagi memastikan akses saksama kepada semua nelayan termasuk nelayan kecil.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, LKIM melakukan pemantauan berterusan sebagai langkah lebih praktikal.

"LKIM tidak membenarkan mana-mana pihak untuk memonopoli sebarang kemudahan jeti pendaratan seperti memberi sewa kepada pihak swasta dan sebagainya,"katanya di Dewan Rakyat.

LKIM juga katanya mengurus 48 kompleks dan pelabuhan perikanan di seluruh negara termasuk empat di Johor, selain 505 jeti pendaratan ikan tradisional yang dikendalikan persatuan nelayan atau jawatankuasa pangkalan.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng berhubung langkah kementerian bagi memastikan jeti LKIM diurus tadbir secara telus dan inklusif, supaya tidak dimonopoli pihak tertentu dan terus dapat dimanfaatkan secara adil oleh nelayan kecil serta perusahaan tempatan.

FAUZIAH ABD RAHMAN