fb fb fb fb fb

Pegawai perhutanan diarah tingkatkan pemantauan di lokasi riadah

KUALA LUMPUR, 27 Disember- Pegawai perhutanan di setiap negeri diarah mempergiat pemantauan di lokasi riadah terutamanya di kawasan hutan.

Pengarah Bahagian Forest Eco-Park dan Hutan Taman Negeri Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Mohd Yussainy Md Yusop berkata tindakan dilakukan bagi memastikan garis panduan dipatuhi bagi mengelak kejadian tidak diingini terjadi.

"Untuk hutan simpan, mana-mana kawasan yang beroperasi dalam hutan simpan kekal akan diarahkan untuk tutup. Kami mengambil maklum pusat rekreasi yang berisiko terutamanya berdekatan sungai dan kawasan di lereng bukit yang berstatus bukan hutan simpan," katanya ketika ditemui pemberita di Angkasapuri, di sini.


(Beliau mengingatkan semua pihak agar lebih cakna menentukan kawasan riadah sesuai
dan selamat lebih-lebih lagi ketika keadaan cuaca tidak menentu)

Beliau mengingatkan semua pihak agar lebih cakna menentukan kawasan riadah sesuai dan selamat lebih-lebih lagi ketika keadaan cuaca tidak menentu.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mahu pihak berkuasa berkaitan menyemak semula garis panduan aktiviti riadah di lokasi berisiko.

Media Baharu