fb fb fb fb fb

Pencemaran bau: Bekalan air di 5 wilayah pulih sepenuhnya

SELANGOR, 27 Disember- Pengurusan Air Selangor Sendirian Berhad (Air Selangor) memaklumkan bekalan air bagi 472 kawasan di lima wilayah terjejas susulan insiden pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir, di sini, pulih sepenuhnya pukul 12.00 tengah malam, semalam.

Kawasan yang terlibat adalah Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya dan Kuala Langat.

Pengguna terkesan diingatkan agar membiarkan air dari pili mengalir hingga jernih, sebelum menggunakannya.

Air Selangor mengucapkan terima kasih kepada para pengguna atas kesabaran dan kerjasama yang diberi sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual itu.


(FB airselangor)

Pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir dipercayai berpunca daripada tumpahan pati minyak wangi daripada sebuah lori yang terbabit kemalangan di Lebuh Raya Elite berdekatan Bandar Serenia, Negeri Sembilan.

Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Bukit Tampo dihentikan mulai Sabtu lalu.

Media Baharu