fb fb fb fb fb

Penting sediakan Institusi pendidikan berteraskan akademik dan kemahiran

(FOTO HIASAN)

KULIM, 27 Disember - Institusi pendidikan berteraskan akademik dan kemahiran perlu disediakan bagi memberi lebih banyak peluang kepada anak-anak tempatan melanjutkan pengajian di Kedah.

Sehubungan itu Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd Nor berharap pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) agensi bawah Kementerian Desa dan Wilayah (KDW) diharap dapat mempertimbang pembinaan sebuah institusi pendidikan seumpamanya di Bandar Baharu, Kedah.

Pada masa sama dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi daerah berkenaan.

"Saya bagi pihak orang Bandar Baharu, orang luar Bandar yang ada ramai anak muda juga yang mencari peluang untuk MARA ini dan kita minta, jika boleh MARA adakan satu institusi pengajian ini.

"Tidak kisah samada Giatmara, IKM, KPTM , KUPTM, atau pun universiti sekali pun bolehlah dibawa ke Bandar baharu untuk wujudkan pasaran luar dan boleh membangun atau menjana ekonomi masyarakat luar Bandar di Bandar Baharu ni," kata Norsabrina di Kulim.

(ADUN Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd Nor)

Daerah Bandar Baharu merangkumi kawasan seluas 269.3 kilometer persegi yang terdiri daripada tujuh mukim iaitu Serdang, Kuala Selama, Sungai Batu, Bagan Samak, Permatang Pasir, Sungai Kecil Ilir dan Relau.

Media Baharu