fb fb fb fb fb

Hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Labuan

KUALA LUMPUR, 27 Disember- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang dijangka berlaku hingga esok.

Keadaan cuaca tersebut di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

(Foto hiasan)

MetMalaysia mengeluarkan amaran itu pada pukul 12.00 tengah malam tadi.

Media Baharu