fb fb fb fb fb

Peningkatan kedatangan pelancong, sejak peralihan negara ke fasa endemik

YAN, 27 Disember - Kedatangan pelancong ke destinasi menarik di sini terutama pulau-pulau yang terletak di perairan menyaksikan peningkatan sejak negara beralih ke fasa endemik.

Keunikan berteraskan alam semulajadi dan desa menjadi nadi pengerak merancakkan sektor ekonomi ke daerah pelancongan itu, pengusaha bot pelancongan di Jeti Kuala Sungai Udang Yan tidak terkecuali.

Menurut mereka pulau- pulau di sekitar perairan itu sentiasa menjadi pilihan pengunjung dengan landskapnya yang berlatarbelakangkan gunung jerai.

Setiap pulau iaitu Pulau Song Song, Pulau Bidan, Pulau Telur dan Pulau Bunting yang terletak di kawasan Jerai GeoPark menawarkan pemandangan alam yang menakjubkan serta sejarah dan batuan geologi yang menarik.

Sebagai contoh di bahagian selatan Pulau Song Song merupakan kawasan Batu karang, antara jenis yang boleh ditemui ialah Batu karang menyerupai tanduk rusa yang menjadi habitat ikan Nemo.

"Nemo juga ada ikan ikan karang, memang banyak kerapu karang serta 'butterfly fish' ..memang ia merupakan kawasan yang cantik.

"Terdapat kuda laut 'dolphin'. Ketika air pasang penuh dia main tengah antara pulau ini. Dan juga hampir persisir pantai ada masanya, biasanya jumpa dalam berkumpulan empat hingga lima ekor, kadang-kadang 50 ekor," kata Pemandu Pelancong Jerai GeoPark, Mohd Shubhi Omar.

(FOTO RTM)

Perairan Yan juga mempunyai pelbagai spesis hidupan laut dan menjadi tumpuan kaki pancing,antara lokasi kaki pancing ialah Tukun Perak dan Tuas.

Usaha berterusan pihak berkaitan antaranya Majlis Daerah Yan dan komuniti Jerai GeoPark untuk merancakkan kembali sektor pelancongan tempatan perlu seiring dengan komitmen semua pihak.

Media Baharu