fb fb fb fb fb

Fenomena air pasang besar, 108 rumah roboh

SANDAKAN, 27 Disember- Sebanyak 38 lagi rumah atas air di Kampung Forest, di sini roboh akibat fenomena air pasang besar.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata ini menjadikan jumlah keseluruhan 108 rumah roboh.

Abdul Fuad berkata penduduk telah mengosongkan kediaman mereka selepas mendapat arahan pihak berkuasa.

"Penduduk akur dengan keputusan pihak berkuasa. Tiada kejadian tiada diingini berlaku dan insiden hanya melibatkan harta benda," katanya kepada media di penempatan atas air Kampung Forest, di sini.


(Abdul Fuad berkata penduduk telah mengosongkan kediaman mereka
selepas mendapat arahan pihak berkuasa)

Terdahulu, ratusan penduduk di perkampungan atas air di Kampung Forest antara yang terjejas dengan fenomena itu.

Mereka yang terjejas ditempatkan di pusat pemindahan sementara.

Media Baharu