fb fb fb fb fb

Kementerian Pertahanan komited bantu anggota, veteran tangani kos sara hidup

MACHAP JAYA, 27 Disember- Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari meminta semua pihak memberi ruang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melaksanakan tugasnya mentadbir negara.

Adly berkata kesemua kementerian telah diberikan arahan jelas membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat situasi ekonomi yang tidak menentu kebelakangan ini.

Tambah beliau, Kementerian Pertahanan berikrar untuk terus membantu anggota dan veteran ATM bagi mencari jalan penyelesaian terutama berhubung isu kos sara hidup.


(Kementerian Pertahanan berikrar untuk terus membantu anggota dan veteran ATM
 bagi mencari jalan penyelesaian terutama berhubung isu kos sara hidup)

"Pada mesyuarat minggu lepas, Perdana Menteri ada berbicara mengenai kos sara hidup dan meminta semua kementerian agar mencari jalan untuk bersama-sama menyelesaikan masalah ini," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Media Baharu