fb fb fb fb fb

Pasca tragedi tanah runtuh: ATM sedia gerakkan aset jika diperlukan

MACHAP JAYA, 27 Disember- Kementerian Pertahanan bersedia mengerahkan anggota dan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi kerja-kerja penyiasatan membabitkan kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Selangor.

Timbalan Menterinya, Adly Zahari berkata kementeriannya akan berkomunikasi dengan semua pihak dalam usaha memastikan bantuan diperlukan dapat disampaikan dengan kadar segera.

"Anggota tentera menyertai misi operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak dari mula lagi. Kita akan memberikan perkhidmatan terbaik jika diperlukan dalam pasca tragedi ini, termasuk bantuan melibatkan aset,' katanya ketika menziarahi rumah mendiang mangsa kejadian tanah runtuh di sini.


(Kejadian tersebut mengorbankan 31 orang daripada keseluruhan 92 mangsa terlibat)

ATM sebelum ini menggerakkan seramai 30 anggota dan seorang pegawai Rejimen Ke-25 Askar Melayu Diraja setiap enam jam bagi membantu operasi SAR mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali, Selangor.

Kejadian tersebut mengorbankan 31 orang daripada keseluruhan 92 mangsa terlibat.

Manakala 61 orang lagi selamat.

Media Baharu