fb fb fb fb fb

Kapal mewah bawa 2,000 pelancong luar negara berlabuh di Langkawi

(Kira-kira 2,000 pelancong dari luar negara memasuki Pulau Langkawi
menerusi kapal mewah Mein Schiff 5, hari ini)

LANGKAWI, 26 Disember- Usaha merancakkan pertumbuhan ekonomi Langkawi berjaya direalisasikan menerusi kemasukan 2,000 pelancong luar negara apabila sebuah kapal mewah Mein Schiff 5 berlabuh di perairan pulau itu, hari ini. 

Mein Schiff 5 merupakan antara tiga buah kapal mewah yang berlabuh di Langkawi sejak November lalu termasuk MV Europa 2 dan QueenVictoria.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Wan Kamarul Faisal Wan Kamardin berkata, situasi berkenaan memberi gambaran positif untuk sektor pelancongan pada tahun hadapan.

"Kira-kira 2,000 pelancong dari luar negara yang memasuki Pulau Langkawi menerusi Mein Schiff 5 ini akan menyertai beberapa program yang telah diaturkan.

"Mereka ini akan melakukan pelbagai aktiviti termasuk melawat pulau ke pulau (Island Hopping), menoreh getah, lawatan ke Pusat Kraftangan dan aktiviti di Pulau Tuba," katanya kepada media selepas menyambut ketibaan pelancong berkenaan di Resort World Langkawi.

Tambah Wan Kamarul, 10 buah kapal mewah dengan muatan antara 1,700 hingga 2,000 pelancong akan berlabuh di Langkawi sehingga Mei 2023.

(Mein Schiff 5 merupakan antara tiga buah kapal mewah yang berlabuh di Langkawi sejak
November lalu termasuk MV Europa 2 dan QueenVictoria)

Media Baharu