fb fb fb fb fb

Banjir: Tiga keluarga terputus hubungan berjaya dipindahkan

(Tiga keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Kampung Lutong selepas terputus
hubungan susulan banjir/FB APM Asajaya)

SAMARAHAN, 26 Disember- Tiga buah keluarga di Kampung Lutong di Sebuyau, dekat sini yang terputus hubungan susulan banjir berjaya dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), pada pukul 3.00 petang tadi.

Laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan, tiga keluarga membabitkan tujuh orang itu terputus hubungan untuk mendapatkan sumber makanan berikutan hujan berterusan sejak Jumaat lalu, selain fenomena air pasang.

JPBN berkata, Sarawak kini mencatatkan peningkatan penduduk terjejas kepada 148 orang.

"Pembukaan PPS Dewan Kampung Lutong juga menjadikan jumlah keseluruhan PPS yang aktif di negeri itu meningkat kepada tiga buah, setakat pukul 5.00 petang tadi," katanya

 (Foto FB APM Asajaya)

Media Baharu