fb fb fb fb fb

Bomba lakukan penerbangan ihsan bawa bayi dua bulan

(Unit Udara JBPM melakukan penerbangan ihsan bawa seorang bayi perempuan berusia dua bulan
yang mempunyai komplikasi jantung)

ALOR SETAR, 26 Disember- Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pangkalan Udara Wilayah Tengah melakukan penerbangan ihsan membawa seorang bayi perempuan berusia dua bulan yang mengalami komplikasi jantung, di sini, hari ini.

Penguasa Kanan Bomba II Pangkalan Udara Wilayah Utara, Muhammad Fisol Rosli berkata, penerbangan pada pukul 9.09 pagi itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, di sini ke Hospital Sedang, Selangor.

Muhammad Fisol berkata, penerbangan penyelamatan itu menggunakan helikopter jenis AW189.

"AW189 membawa lima anggota JBPM dan tiga kakitangan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) bagi mengiringi bayi berkenaan ke hospital berkenaan," katanya di sini.

Penerbangan itu tiba di Hospital Serdang pada pukul 10.54 pagi.

 (Helikopter jenis AW189 turut membawa lima anggota JBPM dan tiga kakitangan HSB
bagi mengiringi bayi berkenaan ke Hospital Serdang)

Media Baharu