fb fb fb fb fb

Pegawai penempatan di pejabat tanah, selesaikan segala permasalahan berkaitan pemilikan tanah - Sanusi

ALOR SETAR, 18 Mei - Kerajaan negeri Kedah membuat ketetapan baharu berkaitan kelulusan tanah dengan menempatkan pegawai penempatan di pejabat tanah khusus bagi menyiapkan segala permasalahan berkaitan pemilikan tanah.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata dengan ketetapan berkenaan sehingga kini tiada lagi isu-isu tanah yang berlarutan sehingga puluhan tahun, malah sekiranya terdapat kes-kes pertindihan, isu tersebut dapat diselesaikan dengan pantas.

Sehingga kini terdapat ribuan kes dan isu melibatkan pemilikan tanah berjaya diselesaikan.


(Foto fail)

"Jadi di pejabat tanah mesti ada indeks prestasi utama (KPI) untuk menyelesaikan, ini adalah pegawai penempatan di pejabat tanah bagi isu-isu permohonan tanah, kita tetapkan mesti ada sepuluh fail yang perlu disiapkan sebulan,berbanding sebelum ini sebulan dua fail, kadang setahun sepuluh fail, jadi tak padan lah, jadi kita tetapkan KPI mesti capai sepuluh fail tanah sebulan di samping lima fail lain yang tidak berkaitan dengan tanah," kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darulaman, di sini.

Menurut Muhammad Sanusi, mulai bulan Jun ini, kerajaan negeri akan menyerahkan ribuan geran yang telah diluluskan sepanjang dua tahun ini di semua pejabat tanah di seluruh negeri untuk diserahkan kepada pemilik sebenar.

Media Baharu