fb fb fb fb fb

JENDELA lepasi sasaran

LANGKAWI, 18 Mei - Prestasi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) setakat suku pertama tahun ini berjaya mencapai liputan 4G hingga 95.7 peratus.

Sejumlah 7.027 juta premis telah mengaplikasikan penggunaan jalur lebar dengan kelajuan Internet pada 40.13 Mbps iaitu melepasi sasaran Fasa 1 JENDELA dengan hanya 35Mbps.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Dato' Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek berkata JENDELA menyasarkan 100 peratus liputan 4G di kawasan berpenduduk, serta pemasangan rangkaian gentian optik di 9 juta premis secara berperingkat.

Ia bagi memberikan perkhidmatan internet dengan kelajuan 100Mbps menjelang tahun 2025.

(Dr Fadhlullah ditemui pemberita selepas
Program Hari Bersama Pelanggan di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA))

"Terdapat isu-isu tentang di kawasan-kawasan yang bagi pihak perkhidmatan, pembekal perkhidmatandia kata dah 'okay' (tidak ada masalah), tetapi orang di kawasan tu kata belum 'okay'. Jadi kita kena tutupkan jurang tersebut, mungkin tak cukup prasarana dan sebagainya. Juga kita dengar keluhan tentang kos perkhidmatan," kata Dr Fadhlullah di sini.


Media Baharu