fb fb fb fb fb

55 kawasan pendakian dan 14 hutan lipur di Perak ditutup sementara

IPOH, 18 Mei - 55 kawasan pendakian dan 14 hutan lipur di Perak ditutup sementara kepada pengunjung berkuatkuasa serta merta, jelas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Langkah itu diambil berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

Selain itu, pihaknya juga sedang mempertimbang untuk menggunakan khidmat malim gunung untuk aktiviti pendakian sebagai langkah mengawal keselamatan pendaki.


(Foto fail)

"Okey jadi kita nak tutup supaya orang ramai tidak sewenang-wenangnya pergi ke tempat berkenaan. Dan satu lagi kita memang ada permit yang kita keluarkan untuk peminat-peminat mendaki gunung ini naik. Kalau dia ikut jadual, kita tahulah pukul berapa dia masuk, pukul berapa patut keluar."

"Tapi ada setengah-setengah itu dia tak sama, ada dia masuk tak ikut jadual atau yang kedua dia pun dah jadual, dia patut masuk hari Sabtu tapi hari Sabtu dia tak boleh masuk dia pindah hari Ahad, dia tak maklumkan kepada kita di punya jadual, jadi kita tak tahu apa berlaku sebenarnya, inilah perkara yang kita akan tengok balik prosedur operasi standard (SOP) kita untuk mengawal kejadian ini daripada berulang," kata beliau ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Perhutanan Negeri di Taman Eko Rimba, Kledang Siong, di sini.

Selepas insiden dua pendaki hilang di Gunung Suku, Simpang Pulai, Sabtu lalu, seorang warga emas berusia 66 tahun pula disahkan maut ketika melakukan aktiviti pendakian bersama 11 lagi rakannya di Gunung Yong Belar, Ipoh malam tadi.

Media Baharu