PUTRAJAYA, 21 September- Kepelbagaian program dan aktiviti sukan air menjadi tarikan utama pengunjung ke Karnival Komuniti dan Pesta Air Putrajaya 2024.
Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Fadlun Mak Ujud berkata sebanyak 60 buah program telah dirangka sekali gus menjadi platform menyantuni komuniti setempat.
"Antara lain adalah utk menghimpunkan semua komuniti Putrajaya bersama-sama dengan perbadanan dan pada masa sama kita akan mengaktifkan atau mengembangkan lagi sukan air dan kita ada aktiviti sukan air pada siang harinya,"katanya.
Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Karnival Komuniti dan Pesta Air Putrajaya 2024 di Putrajaya.
Jelasnya, Forum Perdana Ehwal Islam dan konsert kerohanian antara yang menjadi tumpuan pada karnival kali ini.