fb fb fb fb fb

ASEAN antara subrantau paling aman di peringkat global, ekonomi

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 20 September- Malaysia mahu ASEAN menerima pakai visi bersama yang tertumpu kepada ekonomi, perdagangan, pelaburan dan kerjasama dalam kalangan negara jiran bagi memastikan rantau ini kekal rancak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ASEAN adalah antara subrantau yang paling aman di peringkat global dan ekonomi yang berdaya tahan.

"Malaysia akan memegang tanggungjawab utama untuk menilai semula ASEAN, Wawasan Komuniti ASEAN 2025 dan menetapkan aspirasi untuk 10 tahun akan datang.

"..Adalah relevan dengan apa yang dilakukan kerana kita mahu ASEAN berkongsi visi ini untuk memberi tumpuan kepada ekonomi, perdagangan, pelaburan, kerjasama antara jiran dan memastikan rantau ini kekal bertenaga," katanya dalam ucaptama pada majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-140 HSBC Malaysia di sini.

Dalam pada itu, Anwar berkata beliau menghargai sumbangan HSBC yang telah memainkan peranan untuk membantu mempromosikan Malaysia kepada pelabur antarabangsa.

"Banyak yang boleh kita pelajari daripada pengalaman HSBC yang telah lebih seabad lamanya berada di Malaysia tentang kemandirian perniagaan, penjalinan hubungan serta dasar-dasar untuk memperkasakan ekonomi Malaysia.

"Masih jelas dalam ingatan tatkala pertama kali saya menjadi Menteri Kewangan pada 1990an, HSBC antara yang telah memudah cara jerayawara kerajaan di luar negara untuk menarik pelabur-pelabur ke Malaysia," katanya menerusi perkongsian di Facebook.

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM