fb fb fb fb fb

Elak pembakaran terbuka, bendung jerebu dan pencemaran alam sekitar - METMalaysia

KUALA LUMPUR, 18 Mei - Pembakaran terbuka yang tidak terkawal perlu dielakkan sepanjang tempoh Monsun Barat Daya, bermula Sabtu lalu sehingga pertengahan September ini.

Tindakan tersebut boleh menyebabkan berlakunya jerebu dan pencemaran alam sekitar.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) METMalaysia, Lim Ze Hui berkata dalam tempoh tersebut, gelombang haba yang ekstrim juga boleh berlaku.

Sehubungan itu, orang ramai disaran mengurangkan aktiviti luar yang boleh mendedahkan kepada cuaca panas dan kering.

"Semasa Monsun Barat Daya, angin secara amnya bertiup dari arah barat daya dan dalam tempoh masa ini lazimnya keadaan atmosfera kering dan stabil, dan berikutan daripada itu dalam tempoh masa ini kita dapati kepada pengurangan jumlah hujan.

"Dengan demikian bilangan hari hujan dalam masa tempoh Monsun Barat Daya ini dijangka akan berkurangan daripada biasa," katanya kepada RTM.

(Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) METMalaysia, Lim Ze Hui)

Beliau berkata Monsun Barat Daya juga meningkatkan potensi kenaikan suhu yang boleh mengakibatkan serangan strok haba.

"Apabila keadaan hari hujan yang berkurangan dalam tempoh Monsun Barat Daya, pertama sekali perkara yang sering akan berlaku ialah kejadian fenomena cuaca berjerebu dan kedua ialah penyusutan paras empangan air dan yang ketiga berkemungkinan apabila suhu meningkat dengan mendadak.

"Potensi untuk berlakunya gelombang haba ataupun strok haba semakin tinggi, namun begitu kita menjangkakan kenaikan suhu yang mendadak dalam tempoh musim Monsun Barat Daya ini adalah rendah," menurut Ze Hui.

Media Baharu