KUALA LUMPUR, 23 November- Tindakan memecat seorang kakitangan oleh sebuah restoran Cina Muslim yang tular di media sosial baru baru ini kerana memakai rantai salib disifatkan tindakan tidak wajar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan kenyataan bahawa restoran tersebut bukanlah pemegang sijil halal maka mereka tidak tertakluk dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh bahagian Halal, JAKIM.
Dalam peraturan halal JAKIM domestik, peraturan tersebut tidak mensyaratkan orang bukan islam tidak boleh bekerja di restoran premis yang pemegang kepada sijil halal memang bukan satu prasyarat untuk orang bukan islam.
"Apa yang disyaratkan di situ mesti ada seorang penyelia dan seorang pekerja muslim itu sahaja prasyarat. Peraturan berkenaan tidak menghalang orang bukan islam untuk bekerja di premis ataupun restoran pemegang pemegang sijil halal berkenaan", kata Na'im selepas merasmikan Bengkel Etika dan Pengurusan Kaunter Berkualiti anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di sini.
Ujar Na'im berkata pengurus restoran tersebut seharusnya merujuk pihak berkuasa mahupun jabatan agama terlebih dahulu agar keputusan yang dibuat tidak terburu buru sehingga mengakibatkan kerugian bagi pihak lain.