fb fb fb fb fb

Ekonomi Pulau Pinang bertumbuh 13.1% pada 2022

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow

GEORGE TOWN, 23 November- Ekonomi Pulau Pinang bertumbuh sebanyak 13.1 peratus pada tahun 2022 berbanding 6.9 peratus pada tahun sebelumnya dengan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berjumlah lebih RM112 bilion.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata bahawa sektor pembuatan khususnya industri telah menjadi penyumbang terbesar kepada Kadar Keluaran Negara Kasar (KDNK) negeri ini.

"Sektor pembuatan merupakan penyumbang terbesar kepada KDNK dengan 48.3 peratus daripada jumlah keseluruhannya mengekalkan pertumbuhan dua angka iaitu 15.9 peratus. Ekonomi Pulau Pinang menyumbang sebanyak 7.4 peratus kepada ekonomi Malaysia.

"Sumbangan ini meningkat 0.3 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu 7.1 peratus dan ia kekal di kedudukan kelima kepada ekonomi negara,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan yang dikemukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kebun Bunga, Lee Boon Heng dalam Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Ke-15 mengenai pemulihan pasca pandemik.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE