fb fb fb fb fb

PDRM tunggu dasar KDN berikutan kebenaran jual bunga api, mercun

(Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani)

KUALA LUMPUR, 4 Februari- Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu dasar yang akan ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung pelaksanaan penjualan mercun dan bunga api.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya sedia untuk mengikut peraturan serta garis panduan yang akan dikeluarkan kelak.

“Saya baru tahu tentang perkara ini dan saya menunggu apakah dasar daripada KDN berikutan pelaksanaan perkara tersebut,” katanya.

Tambahnya, PDRM mengikuti apa jua garis panduan dan dasar yang ditetapkan KDN berikutan pelaksanaan perkara tersebut demi menjamin keselamatan orang ramai.

Beliau berkata demikian ketika hadir program Hiking Polis Diraja Malaysia Bersama Komuniti Peringkat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di Taman Persekutuan Bukit Kiara pagi tadi.

Semalam, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming mengumumkan aktiviti pembakaran serta penjualan bunga api dan mercun dalam negara akan dibenarkan seperti dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri dua hari lepas.

Ia, katanya sebagai antara langkah yang boleh meningkatkan pendapatan negara dan kerajaan akan mengawal aktiviti penjualannya di peringkat sumber iaitu pemborong dan pengimport.


(FOTO HIASAN)

Media Baharu