fb fb fb fb fb

"Jangan tangguh pembangunan Kampung Sungai Baru"- penduduk

(Penduduk Kampung Sungai Baru bergambar kenangan bersama Setiausaha
Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azman Abidin)

KUALA LUMPUR, 4 Februari- Seramai 264 penduduk Kampung Sungai Baru mendesak agar pembangunan semula kampung tersebut diteruskaan segera dan tidak ditangguhkan lagi.

Penduduk mendakawa sudah sudah lebih enam tahun menanti bagi mendapatkan kediaman yang lebih selesa dan baik menerusi pembangunan semula kampung mereka.

Menurut wakil pemilik hartanah Kampung Sungai Baru, Mohd Adam Abdul Aziz, penduduk dipahamkan semua bayaran pampasan pengambilan tanah untuk pemilik unit pangsapuri dan teres telah diberikan kepada semua pemilik terlibat.

Bagaimanapun, pengeluaran Borang K (Notis Tanah telah diambil milik) oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan galian, kuala Lumpur masih belum selesai sepenuhnya.

Kelewatan tersebut seterusnya menyebabkan proses pembangunan dari segi teknikalnya akan tertangguh termasuk menyebabkan blok rumah ganti (baru) tidak dapat dibina.

"Cepatkan projek ini, enam tahun dan berlalu jadi kita minta jangan lagi ditangguhkan, bantulah pemaju, bantulah orang kampung itu sahaja sebenarnya isu-isu lain saya rasa sudah banyak selesai,"kata Mohd Adam Abdul Aziz.

Beliau ditemui media selepas menyampaikan memorandum kepada pihak Perdana Menteri yang diterima setiausaha politiknya, Azman Abidin di ibu negara.

Isu pengambilan tanah Kampong Sungai Baru membabitkan 67 unit rumah teres dan 14 blok pangsapuri dikenali sebagai Pangsapuri Sungai Baru dengan proses pengambilan tanah bermula sejak tahun 2016.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengarahkan projek tersebut ditangguhkan selama sebulan bagi membolehkan rundingan antara penduduk dan pihak berkepentingan dibuat untuk menyelesaikan isu berbangkit.


(Mohd Adam Abdul Aziz, mewakili penduduk Kampung Sungai Baru menyerahkan memorandum
kepada pihak Perdana Menteri yang diterima setiausaha politiknya, Azman Abidin)

Media Baharu