fb fb fb fb fb

PDRM pantau rapi penyebaran propaganda Daesh

KUALA LUMPUR, 5 Mac- Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau rapi penyebaran propaganda berkaitan Daesh di Malaysia.

Ketua Polis Negara, Tan Acryl Sani Abdullah Sani dalam kenyataanya memberi jaminan bahawa tahap keselamatan negara terkawal.

Beliau berkata beberapa media tempatan telah melaporkan terdapat aktiviti media sosial oleh kumpulan di Malaysia yang berkait dengan Daesh berasaskan maklumat yang diperolehi daripada Nordic Counter Terrorism Nettwork dari Finland.


(Ketua Polis Negara, Tan Acryl Sani Abdullah Sani)

"Justeru, salah satu langkah PDRM adalah mewujudkan kolaborasi rapat dengan agensi-agensi keselamatan serantau bagi memantau penyebaran propaganda sedemikian, agar tindakan dapat diambil ke atas pihak-pihak yang dikenal pasti terlibat", katanya.

"Kesemua agensi juga sedang memainkan peranan secara aktif dan pemantauan telah ditingkatkan bagi memastikan tahap ancaman keselamatan terjamin.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak gusar dengan laporan media mengenai aktiviti penyebaran propaganda oleh pihak-pihak yang menyokong Daesh.

PDRM juga komited dalam memastikan sebarang aktiviti yang boleh mendatangkan kemudaratan ketenteraman awam, diambil tindakan tegas tanpa kompromi demi mengekalkan kesejahteraan masyarakat.

Media Baharu