JOHOR BAHRU, 26 Januari - Seramai 10,000 hingga 11,000 pegawai dan anggota polis dijangka akan ditugaskan pada Pilihan Raya Umum, Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Johor.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata gerak kerja Polis Johor akan dibantu pegawai dan anggota dari Bukit Aman.
Turut ditubuhkan, pasukan khas media sosial yang akan memantau hantaran-hantaran di laman media sosial bagi memastikan masyarakat menerima maklumat benar dan tepat.
"Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah juga berbincang dan menghantar pasukan terutamanya pasukan Cantas untuk memastikan perjalanan pilihan raya ini berjalan lancar dan orang ramai keluar mengundi tanpa gangguan", katanya dalam sidang media di Ibu pejabat Polis Kontinjen Johor.
Sementara itu, beliau memaklumkan, siasatan berhubung gangguan seksual, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili terhadap seorang wanita telah lengkap dan dihantar ke bahagian perundangan PDRM minggu lalu.