fb fb fb fb fb

Pasar subuh bakal diperkenal di masjid sekitar Melaka

JASIN, 26 Januari - Pasar subuh bakal diperkenalkan dan akan beroperasi di masjid-masjid sekitar negeri Melaka.

Ia secara tidak langsung dapat memeriahkan suasana di masjid pada awal pagi selain membantu usahawan tani menambah pendapatan.

Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Datuk Ghazale Muhamad berkata perkara mengenainya sedang dalam perbincangan pihaknya bersama Jabatan Agama Islam Melaka, Persatuan Peniaga Kecil Melaka dan beberapa agensi berkaitan.

Ini termasuk perbincangan mengenai pemilihan masjid yang mempunyai kawasan sesuai untuk pengoperasian pasar tersebut.

“Ini adalah cadangan daripada kerajaan negeri dan FAMA diarahkan untuk melaksanakannya. Kita akan buat perbincangan dengan beberapa agensi untuk pelaksanaannya kita akan cuba laksanakan secepat mungkin.

"Pasar subuh ini kita buat dlm pukul 6.30,pukul 7 orang lepas subuh dan kita akan buat di kampung-kampung di masjid-masjid yg mana tempat yg sesuai," katanya selepas melakukan tinjuan di pasar tani khas Tahun Baharu Cina di sini.

Tambahnya, sehingga kini, terdapat 11 pasar tani telah dibangunkan oleh FAMA di negeri itu dan juga Melaka Agro Market yang menawarkan barangan basah dengan harga lebih rendah daripada pasaran.

Media Baharu